LANGKAH 1 - LAP CERMIN KERETA
Pastikan cermin kereta bahagian dalam tiada habuk atau kotoran melekat.
Sekiranya ada lap terlebih dahulu cermin sehingga tiada kesan.
Bahagian "Door Trim" mesti bersih dari kesan habuk
Kenal pasti "bentuk ukuran tinted siap potong" pada setiap cermin kereta.
*Peringatan: Anda kenal pasti dahulu "bentuk ukuran tinted siap potong" mengikut ukuran bentuk cermin yang betul.
LANGKAH 3 - CELUP TINTED DALAM AIR
Celupkan tinted ke dalam bekas berisi air.
Kibaskan tinted tadi supaya tidak terlalu basah.
LANGKAH 4 - SPRAY AIR SABUN PADA PERMUKAAN CERMIN
Spray air sabun pada permukaan cermin sehingga rata keseluruhan cermin.
*Pemberitahuan: Air sabun yang disyorkan untuk diguna seperti jenis cecair contoh (Sunlight, Lifebuoy atau lain-lain). Sabun serbuk tidak disyorkan.
LANGKAH 5 - TAMPAL DAN RATAKAN TINTED
Tampal tinted pada cermin mengikut bentuk ukuran yang betul.
Ratakan tinted daripada atas ke bawah menggunakan scrapper.
Selitkan tinted bahagian bawah kedalam celahan "Door Trim".
SELESAI!
Selamat mencuba! 😁✌
*Peringatan: Semasa buat pemasangan mesti di kawasan yang teduh, lebih disarankan pasang pada cuaca redup untuk elakkan sabun cepat kering apabila spray pada cermin. Ini untuk memudahkan proses pemasangan tinted.








No comments:
Post a Comment